Beli rumah kene tau POT & POC
POC-Perfection of Charge (Penyempurnaan Gadaian)
1. Kes bagi rumah yang dibeli belum ada geran strata (strata title) atau geran individu. Sebelum ni masih master title atau nama pemaju.
2. Contoh beli rumah 2018, dua tahun kemudian dapat call dari lawyer SPA dan lawyer loan suruh buat POT POC janganlah buat-buat terkejut, menyampah ok.
3. Selalunya pemaju/peguam SPA/peguam loan atau peguam yang dah dilantik pemaju akan hantar surat kepada pembeli terkini untuk melaksanakan POT&POC. Surat mengatakan geran strata atau individu dah keluar, pembeli perlu sign Memorandum of Transfer (MOT) atau nama lain Borang 14A. Proses ni namanya POT. Pembeli yang masih dalam pinjaman (loan) satu lagi document perlu sign iaitu Memorandum of Charge (MOC) atau nama lain Borang 16A, proses ni namanya POC.
4. Selalunya POT buat dengan SPA lawyer, POC buat dengan loan lawyer. Dua-dua lawyer yang sama, lagi senang kerja. Nak lantik lawyer lain, contoh sedara ke member ke, boleh je tapi untuk POC bergantung kepada sesetengah bank dia benarkan ke tak, melainkan company lawyer tu dah bankrap ke lain cerita.
Sign MOT & MOC tu free ke. Tak. Ada bayaran. Next post.
Adios.

Comments
Post a Comment